Monday 21 October 2013

Putus Tunang

Assalamualaikum.

Hmm. Bukan saya yang putus tunang. Tunang pun belum lagi.

Saya tak pernah menjangkakan ada ahli keluarga saya yang akan mengalami putus tunang ni.

Nak cerita pengalaman sebagai adik kepada seorang lelaki yang pernah putus tunang.

Saya ada abang. Abang saya umur pertengahan 2o-an. Dia pernah putus tunang. Dia putus tunang atas sebab-sebab tertentu, yang boleh disimpulkan sebagai orang ketiga dan salah diri masing-masing.

Selepas peristiwa putus tunang itu, saya ada la dapat kesempatan bercakap dengan ayah saudara saya yang sebelah bapak. Dia ada bagitahu, atuk kitorang iaitu ayah dia, amat menitikberatkan bab pergaulan lelaki dan perempuan. So siapa yang langgar peraturan tu, hilang la berkatnya.

Hmm. Kat sini atuk saya tak boleh bagi keberkatan pun. Berkat itu dari Allah. Kenapa kitorang kena jaga pergaulan, bukan sebab atuk saya larang, tapi sebab Allah yang larang daripada bergaul bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim.

Hehe. Sama la macam satu benda ni. Abah saya kata keturunan dia PANTANG which means JANGAN pergi tengok konsert-konsert retis. Tak kira la artis yang lagha ke, artis nasyid ke... Kpop apa lagi kan... Abah marah pergi tengok konsert. Nak nyanyi kat rumah je. Bagi saya kami tak boleh buat benda tu bukan sebab larangan keturunan. Tapi sebab benda-benda macam tu boleh menimbulkan fitnah dan menjurus kepada benda yang tak diredhai Allah.

Buat apa hidup untuk memuaskan nafsu sendiri? Hidup ni untuk cari redha Allah kan.

Okei.

Lepas abang besar kembali single, dia agak kecewa sampai ajak saya balik Sabah pergi panjat Gunung Kinabalu. So saya cakap jooommm gi naik gunung!! Nak tengok nampak tak rumah nenek dari atas gunung tuh.

He learnt a big lesson. Dan abang saya menjadi lebih dewasa (dan tua..?) lepas dia return single. Heheh.

Dan perempuan sekalian: Kalau kita bertunang, jangan la duk layan lelaki lain, bukan nak tunggu time kahwin je baru nak jaga pergaulan. Kena mula dari awal, sejak kita sedar kita ni perempuan. Tak kira la jauh mana pun kita dengan tunang kita tu. Kan jadi apa-apa menyusahkan dan memalukan mak ayah. Dan kalau kita bertunang dan berkahwin, tolong jangan 'rampas' lelaki yang bernama tunang kita itu dari keluarga dia. Ingatkan tunang kita itu supaya jangan lupa adik-beradik dia, terutamanya adik-adik perempuan dia. Jangan bagi dia lupa parents dia.

Jangan jaga pergaulan hanya sebab nak jaga hati orang (tunang, mak ayah tunang, mak ayah kita). Jagalah pergaulan sebab Allah yang suruh.

Semoga kita dijauhkan dari pengharapan terhadap redha manusia, dan smeoga diteguhkan hati untuk mencari hanya keredhaan Allah.

Selamat bertunang kepada mereka yang nak bertunang. Dan selamat berkahwin juga.

No comments:

Post a Comment