Tuesday 31 December 2013

Respect You and Respect Me

Assalamualaikum.

Sudah lama tidak mengepos ke dalam blog yang bertema-ala-pra-perkahwinan ni.

I never mean to post any entry upon the new year eve. Ahah. Never. I don't celebrate new year, any new year. Sambutan tahun baru ialah manifestasi akidah orang yang menyembah dewa matahari masa zaman romawi dulu, you know?
Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. (Al-Kaafirun)
Saya menaip sambil cuba ignore keserabutan panggilan talipon yang dibuat oleh arab mana entah ni, nombor talipon ni hanya diguna untuk internet sahaja maka mustahil benor la ada kawan yang nak menalipon kat sini...

One of the most important thing in a marriage, tak kira you and your spouse are of which colours, pink ke, kuning langsat, coklat muda, coklat tua... putih melepak ala tepung gomak... is the RESPECT.

Point Pertama

Semasa kecik saya selalu mendengar satu frasa yang berbunyi...
Hormati diri anda sebelum orang lain menghormati kamu.
Maka saya bertaklid buta je la dengan frasa tu, tak faham apa-apa langsung. Dah la abah saya pun selalu sebut benda tu, lagi la saya percaya benda tu bulat-bulat walaupun saya tak faham langsung apa benda nya.

However, as I grew up, (tumbesaran dah berhenti sekarang sebab dah melebihi 18 tahun kecuali kalau ada usaha makan lebih sikit which I hope I don't) saya mula faham perkara itu dan lebih-lebih mempercayainya.

Sebab?

We are what we think we are. Kita rasa kita bodoh, yes, that is exactly what we are. Kita rasa kita bijak, yes, that is exactly what we are. (Tapi lain ceritanya untuk orang yang tak bijak tapi bercakap besar untuk nampak pandai). Kita rasa kita cantik, ye, kita memang cantik.

What we think we are, actually generate the perception of others toward us.
Apa yang kita fikir tentang diri kita, itu la yang sebenarnya orang fikir pasal kita.

Kita rasa kita sayang diri kita disebabkan pencapaian yang kita ada, yes, orang akan suka kita.

Try looking at the happy people, yang selalu senyum dan gembira. Ask them. Do they ever try to make people love them? Do they go around and force people to love them? Or do they really accomplish things so hardly to make people like them?

No. Orang yang gembira tak pernah buat sesuatu sebab nak orang lain sukakan dia. He does things to make himself happy.

Kesimpulannya pada Point Pertama ni: please, rasa sayang dengan diri anda. Jangan benci diri anda. Kalau awak rasa awak tak cantik, try to make yourself beautiful. Tanya la si Encik Google (dia la dr, dia la chef, dia la perunding imej) macam mana nak jadi cantik (asalkan dalam batasan Islam la). Kalau rasa tak bijak, usaha lagi. Pergi berkawan dengan Prof Dr Muhaya kat Facebook. Buat apa ada Facebook tapi duk update status sedih-sedih takde orang nak kawan dengan kita la apa la... itu makes people withdraw from you, far away.

HARUS DIINGAT, TIDAK ADA RUANG BUAT MANUSIA YANG SELALU BERSEDIH DI ATAS DUNIA INI. DUNIA MAHU ORANG YANG GEMBIRA

Macam mana nak sayang diri sendiri? Banyakkan aktiviti pencapaian diri. Bina keyakinan diri. Start dari perkara yang kecil-kecil. Take part in some events, try jadi emcee. Of course, haruslah menggeletar kaki dan lutut memegang mikrofon tapi it's all gonna be okay. Orang yang sayang diri sendiri ialah orang yang yakin dengan dirinya.

Point Kedua

Bila kita sayang diri kita, what effect does it make to us and our spouse?

Keyakinan diri kita terhadap diri kita akan buat pasangan kita yakin terhadap kita, sayang kepada kita.

Remember this formula:
kita adalah apa yang kita fikirkan, apa yang kita rasakan tentang diri kita
Kita sebenarnya bagi persepsi kepada orang lain tentang diri kita secara tak sedar.

Saya sayang dengan diri saya, saya rasa saya patut disayangi. Saya rasa saya cantik. Saya bijak. (Ini bukan riya' tau). Jadi apa yang saya rasa itu terbina dalam jiwa saya, dan terserlah pada penampilan, personaliti dan tingkah laku saya. Jadi apa yang terserlah pada diri saya itu, membina persepsi pasangan saya terhadap diri saya. Dia tahu saya sayang diri saya dan saya rasa saya layak disayangi, so dia pun akan generate rasa kasih sayang dan tanggungjawab untuk menyayangi saya sebagai pasangannya.

Kalaulah ada seorang manusia bernama Jenab ni... (maap kepada Jenab-Jenab di luar sana kalau tersama nama pulak kan).

Jenab ni rasa dia gemuk, hodoh pulak tu. Banyak jerawat. Sekolah pun tak de la tinggi mana. Kerja warung Cik Timah Janda Kaya je. Satu hari, ada la sorang jejaka ni (baru pindah kat kawasan situ) datang bersarapan dekat warung CIk Timah Janda Kaya ni. Jenab rasa suka sangat kat jejaka tampan ni. Tapi si jejaka ni langsung tak pandang Jenab. Kesian Jenab.

Dah Jenab yang bina persepsi jejaka tampan itu tentang dirinya bahawa dia tak cantik, dia tak layak disayangi, tak bijak... memang la jejaka tampan itu tak tertarik...

Kesimpulan Point Kedua: Ubahlah persepsi kita terhadap diri sendiri. Dan proses nak bina keyakinan ni bukannya makan masa sehari dua, bukan setahun dua... tapi berbelas tahun. It happens to me, to my family members.

Dengan keyakinan yang kita ada dalam diri, maka pasangan kita akan turut yakin terhadap kita.

Okey la. Saya ni bercakap macam dah 50 tahun kahwin ni.

Bye.



Wednesday 6 November 2013

Khayalan Sepanjang Jalan

Assalamualaikum.

Don't know why. Hari ni asyik berkhayal je.

Nak mencurah la kat sini.

Dari hospital ke Metro (supermarket kat sini) asyik terkenang sebab nampak orang yang ada rupa macam dia sikit.

Dah balik dari Metro lalu universiti khayal lagi dalam perjalanan ke rumah.

Manusia. Bila dah hilang baru nak rasa rindu.

Dulu bagai kena bom pun tak nak mengaku.

Semoga Allah mudahkan urusan ini. Amin!

Monday 21 October 2013

Putus Tunang

Assalamualaikum.

Hmm. Bukan saya yang putus tunang. Tunang pun belum lagi.

Saya tak pernah menjangkakan ada ahli keluarga saya yang akan mengalami putus tunang ni.

Nak cerita pengalaman sebagai adik kepada seorang lelaki yang pernah putus tunang.

Saya ada abang. Abang saya umur pertengahan 2o-an. Dia pernah putus tunang. Dia putus tunang atas sebab-sebab tertentu, yang boleh disimpulkan sebagai orang ketiga dan salah diri masing-masing.

Selepas peristiwa putus tunang itu, saya ada la dapat kesempatan bercakap dengan ayah saudara saya yang sebelah bapak. Dia ada bagitahu, atuk kitorang iaitu ayah dia, amat menitikberatkan bab pergaulan lelaki dan perempuan. So siapa yang langgar peraturan tu, hilang la berkatnya.

Hmm. Kat sini atuk saya tak boleh bagi keberkatan pun. Berkat itu dari Allah. Kenapa kitorang kena jaga pergaulan, bukan sebab atuk saya larang, tapi sebab Allah yang larang daripada bergaul bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim.

Hehe. Sama la macam satu benda ni. Abah saya kata keturunan dia PANTANG which means JANGAN pergi tengok konsert-konsert retis. Tak kira la artis yang lagha ke, artis nasyid ke... Kpop apa lagi kan... Abah marah pergi tengok konsert. Nak nyanyi kat rumah je. Bagi saya kami tak boleh buat benda tu bukan sebab larangan keturunan. Tapi sebab benda-benda macam tu boleh menimbulkan fitnah dan menjurus kepada benda yang tak diredhai Allah.

Buat apa hidup untuk memuaskan nafsu sendiri? Hidup ni untuk cari redha Allah kan.

Okei.

Lepas abang besar kembali single, dia agak kecewa sampai ajak saya balik Sabah pergi panjat Gunung Kinabalu. So saya cakap jooommm gi naik gunung!! Nak tengok nampak tak rumah nenek dari atas gunung tuh.

He learnt a big lesson. Dan abang saya menjadi lebih dewasa (dan tua..?) lepas dia return single. Heheh.

Dan perempuan sekalian: Kalau kita bertunang, jangan la duk layan lelaki lain, bukan nak tunggu time kahwin je baru nak jaga pergaulan. Kena mula dari awal, sejak kita sedar kita ni perempuan. Tak kira la jauh mana pun kita dengan tunang kita tu. Kan jadi apa-apa menyusahkan dan memalukan mak ayah. Dan kalau kita bertunang dan berkahwin, tolong jangan 'rampas' lelaki yang bernama tunang kita itu dari keluarga dia. Ingatkan tunang kita itu supaya jangan lupa adik-beradik dia, terutamanya adik-adik perempuan dia. Jangan bagi dia lupa parents dia.

Jangan jaga pergaulan hanya sebab nak jaga hati orang (tunang, mak ayah tunang, mak ayah kita). Jagalah pergaulan sebab Allah yang suruh.

Semoga kita dijauhkan dari pengharapan terhadap redha manusia, dan smeoga diteguhkan hati untuk mencari hanya keredhaan Allah.

Selamat bertunang kepada mereka yang nak bertunang. Dan selamat berkahwin juga.

Sunday 20 October 2013

Reversed Psychology

Assalamualaikum.

Saya masih dalam mood lagu halau ayam.

The hope is there, so I let the positivity conquer my mind.

Abah saya pernah cerita, ada seorang perempuan yang kata macam ni bila seorang lelaki ni datang ask for her hand,
"Saya nak lelaki yang boleh jaga saya seperti mana ayah saya jaga saya."
Meooww... kalau ayah dia tu Mr Bryan Mills aka Liam Neeson dalam cerita Taken, macam mana?

Tak kahwin sampai tua.

Abah saya kata, it is very wronggg to say such words. Instead kita kena cakap,
"Saya akan cuba jaga awak macam mana mak awak jaga awak."
Heh. Tell me my dad is really good at words yet he is an engineer.

Pada satu hari, abah saya tanya kat saya...
"Lelaki yang macam mana kamu nak buat jadi suami?"
Saya pun cakap la...
"Yang macam abah la."
Sebab saya rasa abah ialah lelaki terhebat dalam hidup saya. Yes, I am a daddy girl.

Lepas tu abah saya cakap, kita ni takkan jumpa lelaki yang sama macam ayah kita. Never. Entah la kenapa, was it a proven hypothesis or not... I don't know. But I believe it, sampai sekarang. I have never meet anyone like my dad.

Abah saya memang suka main reversed psychology la.
 


 

Saturday 19 October 2013

His Criteria (edited)

Assalamualaikum.

Most people write about their story of marriage after they got married kan...

Maap la, sebenarnya saya belum kahwin lagi. Calon pon takde lagi kak...

Takde calon cari la calon dik...

Eh, saya tengah cari la ni kak...

Bagaimanakah Saya Menetapkan Kriteria Suami

Eceh. Tajuk kecik tu macam la saya dah kahwin lama dan mencapai usia perkahwinan jubli perak pada tahun ini. Choooooiiii

But of course I do have the criteria I want my husband to have la kan.

Sebenarnya saya ada buat move, sejujurnya cuma tak tahu lagi progress nya macam mana.

What kind of move is it?


Heh heh heh.

I like to move it move it!!! 

Saya bertanya la. 'awak nak kahwin dengan saya tak'... Okey kat sini maybe some girls feel verrrryyy and so much weird... weirdoss... erk... cause the girl (which is me) ask the boy (which is him you don't know who haha) to walk together into the new world (mcm tajuk lagu SNSD je)

Kalau dah tanya tu maksudnya ada spesifik guy dalam kepala la, kan? Is he your boyfriend?

No! Big NO i give you. Bukan nitrogen oxide.

He isn't!

Dia kawan saya. Tapi dia di Malaysia banyak makanan sedap (beware of diseases too), saya di sini, benua Aprika.

Macam mana nak tanya? Tanya direct ke?

Heh. Tak kuasa la saya nak pergi depan dia and ask 'Saya rasa saya nak kahwin dengan awak, awak nak kahwin dengan saya tak?' dekat dia. 

Mesti la saya suruh orang lain tanyakan. Sumpah malu macam nak sembunyi dalam sauna Firaun tak keluar-keluar dah (ahah menipu sangat la tu. sauna tu busuk macam apa je). Ye, saya suruh orang lain tanyakan kat dia. 

Kenapa saya pilih dia? Kawan dia ramai lagi yang hensem tawu? Yang lebih tough body nye, yang lebih hensem dan lebih macho (err) tapi awat nye saya pilih dia?

Sebab quality dia. I thought that he is a family centered guy... bukannya jenis yang macam wakil rakyat, sibuk di sana sini. Macam mana saya tahu?? Sebab saya berkawan dengan dia la. Tapi tak ada la rapat sangat, cuma akan selalu berbual kalau kebetulan terjumpa. Bukan berjumpa. Sekadar angkat tangan dan senyum hormat ikut protokol jaga batasan sosial male and female dalam syariat Islam. Berbual kalau ada ruang mengizinkan, bukan mencari ruang. 

Itu la salah satu benda yang dia ada yang buat saya rasa macam saya nak kahwin dengan dia.

Maksudnya saya ada fikir pasal anak-anak saya nanti la. Saya membesar dalam culture keluarga yang sangat berbeza dengan orang lain. My father is a family centered guy. Saya tak nafikan la saya tengok apa yang ada pada ayah saya sebagai panduan untuk pilih dia punya bakal menantu. 

Doakan urusan saya mudah ye.

Okei sekarang di sini dah pukul 1030 pg which means I gtg. 

Thursday 17 October 2013

1st Post

Assalamualaikum.

Heyoo... jangan risau saya bukan Ziva. Menumpang nama sahaja... heheh Ziva tu pun tak wujud tau dak? Yang wujud hanyalah Cote de Pablo jep.

Blog ini untuk bercerita sahaja.

Berkongsi cerita