Tuesday 31 December 2013

Respect You and Respect Me

Assalamualaikum.

Sudah lama tidak mengepos ke dalam blog yang bertema-ala-pra-perkahwinan ni.

I never mean to post any entry upon the new year eve. Ahah. Never. I don't celebrate new year, any new year. Sambutan tahun baru ialah manifestasi akidah orang yang menyembah dewa matahari masa zaman romawi dulu, you know?
Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. (Al-Kaafirun)
Saya menaip sambil cuba ignore keserabutan panggilan talipon yang dibuat oleh arab mana entah ni, nombor talipon ni hanya diguna untuk internet sahaja maka mustahil benor la ada kawan yang nak menalipon kat sini...

One of the most important thing in a marriage, tak kira you and your spouse are of which colours, pink ke, kuning langsat, coklat muda, coklat tua... putih melepak ala tepung gomak... is the RESPECT.

Point Pertama

Semasa kecik saya selalu mendengar satu frasa yang berbunyi...
Hormati diri anda sebelum orang lain menghormati kamu.
Maka saya bertaklid buta je la dengan frasa tu, tak faham apa-apa langsung. Dah la abah saya pun selalu sebut benda tu, lagi la saya percaya benda tu bulat-bulat walaupun saya tak faham langsung apa benda nya.

However, as I grew up, (tumbesaran dah berhenti sekarang sebab dah melebihi 18 tahun kecuali kalau ada usaha makan lebih sikit which I hope I don't) saya mula faham perkara itu dan lebih-lebih mempercayainya.

Sebab?

We are what we think we are. Kita rasa kita bodoh, yes, that is exactly what we are. Kita rasa kita bijak, yes, that is exactly what we are. (Tapi lain ceritanya untuk orang yang tak bijak tapi bercakap besar untuk nampak pandai). Kita rasa kita cantik, ye, kita memang cantik.

What we think we are, actually generate the perception of others toward us.
Apa yang kita fikir tentang diri kita, itu la yang sebenarnya orang fikir pasal kita.

Kita rasa kita sayang diri kita disebabkan pencapaian yang kita ada, yes, orang akan suka kita.

Try looking at the happy people, yang selalu senyum dan gembira. Ask them. Do they ever try to make people love them? Do they go around and force people to love them? Or do they really accomplish things so hardly to make people like them?

No. Orang yang gembira tak pernah buat sesuatu sebab nak orang lain sukakan dia. He does things to make himself happy.

Kesimpulannya pada Point Pertama ni: please, rasa sayang dengan diri anda. Jangan benci diri anda. Kalau awak rasa awak tak cantik, try to make yourself beautiful. Tanya la si Encik Google (dia la dr, dia la chef, dia la perunding imej) macam mana nak jadi cantik (asalkan dalam batasan Islam la). Kalau rasa tak bijak, usaha lagi. Pergi berkawan dengan Prof Dr Muhaya kat Facebook. Buat apa ada Facebook tapi duk update status sedih-sedih takde orang nak kawan dengan kita la apa la... itu makes people withdraw from you, far away.

HARUS DIINGAT, TIDAK ADA RUANG BUAT MANUSIA YANG SELALU BERSEDIH DI ATAS DUNIA INI. DUNIA MAHU ORANG YANG GEMBIRA

Macam mana nak sayang diri sendiri? Banyakkan aktiviti pencapaian diri. Bina keyakinan diri. Start dari perkara yang kecil-kecil. Take part in some events, try jadi emcee. Of course, haruslah menggeletar kaki dan lutut memegang mikrofon tapi it's all gonna be okay. Orang yang sayang diri sendiri ialah orang yang yakin dengan dirinya.

Point Kedua

Bila kita sayang diri kita, what effect does it make to us and our spouse?

Keyakinan diri kita terhadap diri kita akan buat pasangan kita yakin terhadap kita, sayang kepada kita.

Remember this formula:
kita adalah apa yang kita fikirkan, apa yang kita rasakan tentang diri kita
Kita sebenarnya bagi persepsi kepada orang lain tentang diri kita secara tak sedar.

Saya sayang dengan diri saya, saya rasa saya patut disayangi. Saya rasa saya cantik. Saya bijak. (Ini bukan riya' tau). Jadi apa yang saya rasa itu terbina dalam jiwa saya, dan terserlah pada penampilan, personaliti dan tingkah laku saya. Jadi apa yang terserlah pada diri saya itu, membina persepsi pasangan saya terhadap diri saya. Dia tahu saya sayang diri saya dan saya rasa saya layak disayangi, so dia pun akan generate rasa kasih sayang dan tanggungjawab untuk menyayangi saya sebagai pasangannya.

Kalaulah ada seorang manusia bernama Jenab ni... (maap kepada Jenab-Jenab di luar sana kalau tersama nama pulak kan).

Jenab ni rasa dia gemuk, hodoh pulak tu. Banyak jerawat. Sekolah pun tak de la tinggi mana. Kerja warung Cik Timah Janda Kaya je. Satu hari, ada la sorang jejaka ni (baru pindah kat kawasan situ) datang bersarapan dekat warung CIk Timah Janda Kaya ni. Jenab rasa suka sangat kat jejaka tampan ni. Tapi si jejaka ni langsung tak pandang Jenab. Kesian Jenab.

Dah Jenab yang bina persepsi jejaka tampan itu tentang dirinya bahawa dia tak cantik, dia tak layak disayangi, tak bijak... memang la jejaka tampan itu tak tertarik...

Kesimpulan Point Kedua: Ubahlah persepsi kita terhadap diri sendiri. Dan proses nak bina keyakinan ni bukannya makan masa sehari dua, bukan setahun dua... tapi berbelas tahun. It happens to me, to my family members.

Dengan keyakinan yang kita ada dalam diri, maka pasangan kita akan turut yakin terhadap kita.

Okey la. Saya ni bercakap macam dah 50 tahun kahwin ni.

Bye.



No comments:

Post a Comment